Keris Taming Sari

Keris Taming Sari ialah sebilah keris yang telah digunakan oleh Laksamana Hang Tuah sebagai Laksamana Melaka. Keris ini amat terkenal dan dikatakan mempunyai kuasa sakti iaitu ketika bertarung, pemiliknya tidak lut dimakan senjata lawan ataupun kebal. Ia dikatakan juga berupaya berlegar di udara ketika mengejar musuh walau ke mana sahaja musuh itu berlari.Keris Taming Sari pada asalnya ialah kepunyaan Taming Sari, seorang pahlawan Jawa. Beliau telah diarahkan oleh Patih Gajah Mada, Bentara Majapahit untuk membunuh Hang Tuah. Taming Seri telah memasuki istana Seri Betara Majapahit dan telah mengamuk dan membunuh ramai orang. Hang Tuah yang berada di situ telah bertarung dengan Taming Sari dan telah membunuh beliau. Keris Taming Sari telah jatuh ke tangan Hang Tuah dan beliau telah mempersembahkan keris itu ke hadapan Seri Betara Majapahit. Baginda telah menganugerahkan Keris Taming Sari kepada Laksamana Hang Tuah atas jasanya mengalahkan Taming Sari.